JQAF SK GEMANG CEMERLANG DI DUNIA DAN AKHIRAT

VISI / MISI / OBJEKTIF




 VISI

Unit j-QAF Sekolah Kebangsaan Gemang sebagai institusi di bawah Panitia 
Pendidikan Islam yang berwibawa,  berkualiti dan berkebolehan dalam bidang akademik, sahsiah dan ukhrawi

MISI

Meningkatkan kecemerlangan murid dalam bidang al-Quran, Jawi, Fardu Ain, Bahasa Arab  dan penghayatan Islam termasuk sahsiah menerusi pengurusan, perancangan program yang sistematik dan pentadbiran yang berkualiti, pengajaran dan pembelajaran  dengan peralatan yang cukup dan canggih serta penyediaan iklim sekolah yang kondusif dan selesa.

OBJEKTIF


1.     Berusaha dan mengembleng tenaga yang ada bagi memastikan murid –murid dapat khatam al-Quran dalam lingkungan usia 12 tahun  

2.     Memastikan murid-murid menguasai kemahiran membaca dan menulis Jawi dengan baik.

3.     Memastikan semua murid  Islam dapat menunaikan solat lima waktu dengan betul  dan mengamalkannya dalam kehidupan harian .

4.     Memastikan semua murid Islam dapat memahami dan mengamalkan asas fardu ain dengan baik .

5.     Memastikan murid – murid meguasai kemahiran asas dalam bahasa arab komunikasi .



No comments:

Post a Comment